Daisypath Anniversary tickers

Friday 12 October 2012

KELEBIHAN DAN KEBAIKAN MENANGIS


Tuhan menganugerahkan dua biji mata kepada manusia untuk menikmati keindahan ciptaan dan melihat semua kebaikan yang telah diberikan. Di sebalik kenikmatan yang dilihat,terkadang itu manusia tidak dapat lari dari memandang keperitan dan seksaan di dunia hingga mampu mengeluarkan air mata.
Ada beberapa sebab manusia menangis:
1.Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2.Menangis kerana rasa takut.
3.Menangis kerana cinta.
4.Menangis kerana gembira.
5.Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6.Menangis kerana terlalu sedih.
7.Menangis kerana berasa hina dan lemah.
8.Menangis kerana mengikut-ikut orang nangis mesti orang ni emo sangat kan hehehe
9.Menangis untuk mendapat belas kasihan orang ish..ish.. tak ada kerja lain agaknya.. hhahahhha
10.Menangis orang munafik atau pura-pura menangis bagus-bagus tak menangis mahu juga menangis
BERIKUT ADALAH TUJUH MANFAAT MENANGIS UNTUK KESIHATAN KITA:
1.Membantu Penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.
2.Membunuh Bakteria
Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal daripada keyboard komputer, pegangan tangan, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam masa 5 minit.
3.Meningkatkan Mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil daripada menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.
4.Mengeluarkan racun
Seorang ahli bio-kimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari tubuh dan mengeluarkan melalui mata.
5.Mengurangkan Stress
Bagaimana nangis boleh mengurangkan stress eh? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh yang dikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga mampu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
6.Membangun Komuniti
Selain baik kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisali seseorang.
 7.Melegakan Perasaan
Semua orang merasakan sedemikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sisitem badan seperti otak dan jantung akan lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang itu merasa lebih baik atau lega. Keluarkanlah masalah difikiran kita dengan menangis. Pasti lepas itu kita akan merasa sangat lega..
p/s:jangan segan untuk menangis ya.. :D 








Wednesday 10 October 2012

2rd Holiday & PMR




aucak! hehehehe.. Hatimu update blog lagi.. korang apa khabar?? ada sihat?? hehehehe.. kalau sihat tu.. alhamdulillah.. kalau yang sakit tu.. cepat-cepat makan ubat.. pastu hadap lappy balik.. baca entry Hatimu kali ni.. itu pun kalau sudi baca lah.. hehehehe.. uke3.. sebelum Hatimu start berceloteh kali ni.. senyum lah bha dulu sikit.. sikit pun jadi lah.. hehehe.. jadi nampak kecantikan bagi perempuan.. dan ketampanan bagi lelaki.. hahahahha start sudah merepek nya Hatimu nie..

uke3.. Hatimu start celoteh yha.. celoteh kali nie ehmmm.... pasal apa yha.. trep.. trep berfikir.. hehehhe.. pagi tadi Hatimu jalan dengan mama.. hantar mesin jahit mama untuk di service.. kesian mama pening kepala fikir kan jahitan mama yang berlambak-lambak macam gunung kinabalu.. apa terlebih suda.. hahahha untuk menghilangkan kepeningan kepala mama.. Hatimu pun ajak lah mama cari tudung.. jalan punya jalan.. cari punya cari.. akhirnya dapat lah tudung selendang.. dapat jak terus blah dari situ dan penuju ke perhentian bas untuk pulang ke rumah ku syurga ku..

jap.. jap.. jap.. jangan gerak pergi mana-mana dulu.. ada lagi 1 celoteh nie.. baca luk..

ni hari Hatiku ambil paper BI & GEO.. macam biasa lah semalam dia menghafal apa yang patut di hafal untuk novel BI.. alhamdulillah apa yang Hatiku hafal masuk.. apa tak nya semalam ugut tu soalan.. itu lah keluar tu.. hahahhahha jadi dengan senang hati lha Hatiku menjawab.. tapi Hatiku cakap.. yang GEO tadi susah.. Hatimu tak tahu lah pula.. susah kah senang.. sebab Hatimu belum dengar lagi soalan GEO dari Hatiku..

uke.. sekarang anda bebas untuk bergerak kemana saja yang anda suka.. sebab Hatimu sudah habis berceloteh.. pst.. Hatiku sunyi ni malam.. sebab tak dapat kacau Hatimu belajar.. :(

Tuesday 9 October 2012

1st Holiday & PMR


          Ish.. Ish.. Ish.. Berhabuk tahap gaban suda blog aku ni kan.. Kesian.. Kesian.. Bukan apa laki marah online terus.. hahaha.. aku mahu fokus dengan final exam juga.. hehe.. Alhamdulillah exam final ku habis tetap 12:10 p.m. hari Isnin-08.10.2012 iaitu Kertas I Sejarah yang aku jawap entah apa XD.

          Bak kata kelas ku, IT'S TIME FOR HO.. HO.. HOLIDAY! YEAH! Memandangkan hari Selasa hingga Selasa depan remaja yang berumur 15 tahun iaitu Tingkatan 3 menduduki Penilaian Rendah Menengah (PMR).. Jadi kami Tingkatan 1,2,4,5 & 6 atas pun bercuti 6 rendah ada exam juga.. kecian.. Terima kasih bebanyak kepada PMR candidates kerana membenarkan kami untuk bercuti.. Merahatkan minda yang tengah penat ini.. hahahhahaha

          Baru mukadimah yang kat atas tu jan mara ya.. Nanti cepat tua.. Kalau tak nak baca.. Dengan senang  hatinya saya mempersilakan anda keluar dari blog saya sopan kan..kan..kan.. Uke aku akan start cerita.. Baca baik-baik tahu.. Cerita ni pasal Si Hatiku yang ambil PMR..

          Ni hari Si Hatiku ambil paper BM & PI.. So semalam Si Hatiku pun study hard lah.. Aku pun tolong-tolong lah juga sikit-sikit.. Si Hatiku study persoalan novel Tingkatan 1.. Berhabis Si Hatiku menghafal tu persoalan.. Sampai terputar belit lidah Si Hatiku hahahahhahaha.. Kesian Si Hatiku kan.. kan.. kan..

          Baca punya baca.. Hafal punya hafal.. Last-last novel Tingkatan 2 yang keluar tadi time PMR.. Hahahahahaha.. Hanya ketawa jak yang mampu kami keluar kan.. Apa boleh buat lah kan.. hehehe.. Uke lah itu jak celoteh ku ni hari.. Daa~