Daisypath Anniversary tickers

Friday 12 October 2012

KELEBIHAN DAN KEBAIKAN MENANGIS


Tuhan menganugerahkan dua biji mata kepada manusia untuk menikmati keindahan ciptaan dan melihat semua kebaikan yang telah diberikan. Di sebalik kenikmatan yang dilihat,terkadang itu manusia tidak dapat lari dari memandang keperitan dan seksaan di dunia hingga mampu mengeluarkan air mata.
Ada beberapa sebab manusia menangis:
1.Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2.Menangis kerana rasa takut.
3.Menangis kerana cinta.
4.Menangis kerana gembira.
5.Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6.Menangis kerana terlalu sedih.
7.Menangis kerana berasa hina dan lemah.
8.Menangis kerana mengikut-ikut orang nangis mesti orang ni emo sangat kan hehehe
9.Menangis untuk mendapat belas kasihan orang ish..ish.. tak ada kerja lain agaknya.. hhahahhha
10.Menangis orang munafik atau pura-pura menangis bagus-bagus tak menangis mahu juga menangis
BERIKUT ADALAH TUJUH MANFAAT MENANGIS UNTUK KESIHATAN KITA:
1.Membantu Penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.
2.Membunuh Bakteria
Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal daripada keyboard komputer, pegangan tangan, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam masa 5 minit.
3.Meningkatkan Mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil daripada menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.
4.Mengeluarkan racun
Seorang ahli bio-kimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari tubuh dan mengeluarkan melalui mata.
5.Mengurangkan Stress
Bagaimana nangis boleh mengurangkan stress eh? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh yang dikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga mampu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
6.Membangun Komuniti
Selain baik kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisali seseorang.
 7.Melegakan Perasaan
Semua orang merasakan sedemikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sisitem badan seperti otak dan jantung akan lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang itu merasa lebih baik atau lega. Keluarkanlah masalah difikiran kita dengan menangis. Pasti lepas itu kita akan merasa sangat lega..
p/s:jangan segan untuk menangis ya.. :D